Tuesday, 22 December 2020

 POLA REKA BENTUK KURIKULUM

Pola Reka Bentuk Kurikulum mempunyai empat peringkat iaitu meliputi peringkat Perancangan, Objektif, Proses dan Hasil.

 

Kurukulum Sebagai Perancangan

Kurikulum yang dibentuk oleh Kementerian Pendidikan Malaysia adalah penting untuk dilaksanakan oleh setiap pendidik. Dalam peringkat perancangan , Para pendidik harus mentafsir, menterjemaahkan dan melaksanakannya berpandukan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) sebagai panduan pengajaran. DSKP adalah sebuah dokumen yang mengintegrasikan kurikulum dan pentaksiran yang menyenaraikan Standard Kandungan (SK), Standard Pembelajaran (SP) dan Standard Prestasi (SPi). Rancangan pengajaran pula berpandukan topik yang disenaraikan dalam rancangan kerja dan silibus, yang juga merupakan sebahagian daripada kurikulum bagi sesuatu mata pelajaran. Contoh perancangan yang telah dilaksanakan dalam kurikulum di Malaysia adalah Perancangan Tahunan (RPT) dan Rancangan Pengajaran Harian (RPH).

Kurikulum Sebagai Objektif

Sesebuah gerak kerja memerlukan tujuan ataupun objektifnya sepertimana kurikulum juga memerlukan Objektif untuk dilaksanakan . Objektif yang ditetapkan selaras dengan keperluan murid, masyarakat, pandangan pakar dalam bidang berkenaan berdasarkan falsafah dan matlamat Pendidikan.

Kurikulum Sebagai Proses

Proses adalah bukan bersifat fizikal tetapi ia merupakan interaksi di antara guru, murid, bahan dan pengetahuan atau lebih mudah untuk dikatakan adalah ia merupakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Kurikulum Sebagai Hasil/OutCome

Pelaksanaan pola tersebut dalam kurikulum akan dapat melahirkan insan yang mempunyai kesinambungan dari aspek intelek, rohani, emosi, jasmani dan rakyat yang dapat memenuhi aspirasi negara sebagai contoh akan mendapat keberhasilan pembelajaran mengikut domain kognotif, afektif dan psikomotor.

No comments:

Post a Comment